Rabu, 15 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah akan diadakan pada 17 Feb. 2012 (Jumaat). Majlis yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" ini adalah bertujuan untuk memperingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji di kalangan murid-murid serta untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara semua warga SK Permatang Raja.

Majlis ini akan bermula pada pukul 7.45 pagi dan diadakan di tapak perhimpunan. antara pengisian sambutan ini adalah pertandingan kuiz dan persembahan murid serta ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Marul Hairi B. Mokhtar dari SMK Dato' Idris, Pantai Remis. Ibu bapa murid-murid tahun 6 dijemput hadir untuk sama-sama kita menghayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW ini.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan, Ada tak gambar2 tu?....

SKPR berkata...

untuk gambar majlis maulidur rasul, boleh tengok kat skpermatangraja.blogspot.com/2012/02/sekitar-sambutan-maulidur-rasul.html?m=0

Catat Ulasan

Segala pandangan dan cadangan anda sangat dialu-alukan.