Jumaat, 6 Januari 2012

Selamat Datang

Tirai persekolahan bagi sesi 2012 telah bermula secara rasmi pada 4 Januari 2012 iaitu pada hari Rabu yang lalu. Bagaimanapun persediaan untuk sesi persekolahan ini telah pun bermula seawal 29 Disember 2011 dengan berlangsungnya mesyuarat kurikulum yang pertama. Dan pada 30 Disember 2011 pula telah berlangsung sesi pendaftaran murid-murid tahun 1.

Sempena dengan sesi persekolahan ini, SK Permatang Raja mengorak langkah dengan mewujudkan laman blog sekolah. Laman blog ini adalah hasil cetusan idea Guru Besar, En. Noor Azman B. Mohd Noor bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan segala aktiviti yang berlaku di sekolah untuk masyarakat luar. Sebagai permulaan masih banyak kelemahan laman blog ini dan ianya akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Oleh itu segala pandangan, pendapat ataupun cadangan dari anda amat dialu-alukan demi untuk meningkatkan keberkesanan blog ini dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kecemerlangan prestasi sekolah kita bersama.

Dengan itu sekali lagi diucapkan selamat datang.

1 comments:

Cg. Yaya berkata...

Bermula kata, tahniah diucapkan kerana telah berjaya mengujudkan satu blog untuk komuniti SKPR berada digerbang maklumat sejagat.

Syabas untuk Cikgu Shahrir yang memanfaatkan kebolehan yang ada tanpa mempersiakan keperluan dan kehendak seluruh warga.

Akhirul kalam, semoga blog ini dapat dipermakmurkan dengan pelbagai informasi yang sewajarnya.

Catat Ulasan

Segala pandangan dan cadangan anda sangat dialu-alukan.